Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dalam usaha meningkatkan ketegangan di wilayah Latifiyah, kumpulan militan telah membunuh 25 pengikut Syiah di desa Ushayshat pada petang Rabu lalu. Selain itu pengganas turut mengebom 3 buah rumah. Menurut wartawan Burathanews, serangan pertama terjadi di desa Usyaisyat pada pukul 11 malam Rabu. 13 siri serangan bom kereta pula menyusul di Baghdad pada hari Khamis dan semuanya disasarkan ke penempatan penduduk Syiah terutamanya kawasan restoran dan tempat perhimpunan.Taktik serangan yang sama terjadi minggu lepas sehingga mengorbankan 11 orang di kawasan terbabit. Serangan diikuti dengan pelancaran mortar di kawasan Latifiya dan Mahmudiya pada hari Isnin sebelumnya.
5 September 2013 - 19:30
News ID: 459994